KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Wednesday, January 16, 2013

KURSUS BUAT BLOG

Akhirnya selesai penulis menjalankan tanggungjawab utk memberi tunjukajar dalam kursus membuat blog. Actually penulis gembira sangat kerana berjaya mengajak rakan2 especially ofismate penulis utk menceburi dunia blogger ni. Sebenarnya bagi penulis kepentingan blog sekarang memang diakui, melalui blog kita boleh menzahirkan kata2.. berkongsi2 idea dan  pendapat.. dannn bagi yang berminat utk melakukan aktiviti perniagaan di sinilah platform terbaik utk membuat marketing... Kepada para peserta, tahniah semua , teruskan bertinta dalam dunia blog.... selamat maju jaya !!!! ikhlasss dari penulis


PENCERAMAH KURSUS ... HEHEHE SAPE EKS 
SUASANA DALAM KURSUS.. TEKUN2 SEMUA
PEMENANG BLOG TERBAIK 1

PEMENANG BLOG TERBAIK 2

Tuesday, January 1, 2013

TAHUN BARU... AZAM BARU

Salam 1 Malaysia dan salam tahun baru...

        Pertama kali penulis ingin mengucapkan selamat tahun baru buat pembaca entry semua ... ermm diam tak diam kita dah memasuki alaf 2013 dan insya allah tinggal 7 tahun lagi kita akan dinobatkan sebagai negara maju iaiatu tahun 2020 nanti... Beginilah hidup kita, setiap hari kita akan sentiasa menapak.. yang pasti kita mesti sentiasa memperkemaskan diri kita untuk sentiasa maju ke depan.. pebagai cabaran dan dugaan yang bakal kita akan tempuhi tetapi seharusnya perlulah kita sentiasa berdoa kepada Allah swt agar kita sentaiasa kuat , segala yang berlaku kita jadikan pengajaran dan sempadan sebagai pedoman utk diri kita.. cewahh bukan main panjang lebar lagi penulis bertinta.. heheheheh.... 

  Apa azam korang sempena tahun ni? Semoga azam tuan dan puan semua luarbiasa hebatnya ... :) azam penulis tahun ni ??? hehehe bak kata Siti Nurhaliza .. BIARLAH RAHSIA ... lalallaala~~ huhuuhu buat apa nak dirahsiakan kann kann... haaa sebab tu hari ni penulis nak berkongsi dengan pembaca semua tentang azam penulis pada tahun ni... betul ke nak tau ??? juz nak share ..... utk azam penulis tahun ni , penulis dah highlight dan pecahkan kepada beberapa item .. hehehehe macam nak buat jurnal plaks .. ok ni dia item-itemnya .. jeng jeng jengg

1. PENGEMBARAAN

utk bab ni, penulis punya hobi memang suka mengembara, utk tahun ni penulis dah marked beberapa tempat yang mesti penulis sampai pada tahun ni.. di mana yek ... ??

i .  Menunaiikan umrah - 

  • Utk tahun ni, penulis merancang utk menunaikan umrah.. alhamdulilah penulis dah buat tempahan dengan syarikat TIRAM TRAVEL bersama isteri unttk menunaikan umrah pada 7 Mac ni. Semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat keizinan dari Allah swt. Penulis juga ingin memohon agar pembaca semua dapat mendoakan kami agar sampai ke sana... amin 


ii. Perth, Australia
  • Satu tempat yang penulis ingin lawati adalah ke Australia. Kenapa Australia ??? Sebab Australia adalah negara maju dan penulis ingin melihat sendiri beruang koala kat negara tu hehehehe... dulu masa g New Zealand penulis hanya sempat melihat arnab berkeliaran dan kangaroo melompat di sana . Actually yang paling penting penulis ingin melihat tempat-tempat yang ada di perth seperti  Caversham Wildlife Park, Fremantle, Swan River, The Aquarium of Western Australia (AQWA) dan kilang coklat The Magaret River Chocolate Company di samping itu juga penulis tak akan melepaskan kesempatan utk pergi ke  Perth Mint, Perth Zoo, King’s Park, Muzium Western Australia dan Kookaburra Air. Penulis dah buat penempahan penerbangan pada bulan Februari tetapi mungkin terpaksa ditangguhkan pada bulan April ni disebabkan kerana sebelum 40 hari penulis menunaikan umrah, penulis tak dibenarkan utk ke mana-mana negara lain disebabkan urusan visa hehehehehheeh.... ermmmm :)
iii. Zurich, Switzerland

  • Jangkaan penulis ke negara ini juga adalah pada tahun ini. Penulis dapat tahu Switzerland adalah negara yang sangat cantik selain daripada New Zealand. Tasik yang membiru dan keunikan negara ini memang diakui oleh dunia ...... 
iv. Kuching, Sarawak
  • Kuching adalah destinasi yang penulis highlighted pada tahun ini. Kali terakhir penulis ke Kuching sejak 9 tahun yang lepas, masa tu penulis baru mempunyai seorang anak yang berumur setahun lebih. Memang seronok masa tu penulis ke sana, dan Kuching pun tak kurang hebatnya dengan pilihan destinasi yang menarik.

2. PEKERJAAAN

Azam penulis juga pada tahun ini ingin berjaya dalam setiap lapangan bidang yang penulis lakukan. Insya allah dengan prinsip yang penulis pegang iaitu " BUAT SEHABIS BAIK" sekurang-kurangnya penulis akan lakukan apa yang terbaik penulis boleh lakukan. Bekerja dengan ikhlas dan keseronokan membuat sesuatu kerja adalah yang terbaik apabila kita melakukan sesuatu kerja. 

3. KEWANGAN

Untuk tahun ini juga, penulis ingin memperkukuhkan kewangan dan simpanan penulis. Penulis percaya simpanan sebanyak sekurang-kurangnya 10% daripada gaji adalah kaedah yang terbaik untuk kita melakukan simpanan. Sememangnya penulis percaya simpanan sangat penting untuk masa depan kita dan keluarga penulis. Insya allah , penulis harus lebih berdisiplin ketika menabung ....... 


SEMOGA, pada tahun ini kita akan diberkati oleh Allah swt. Bagaimana dengan korang semua ?? share2lah dengan penulis ttg azam tahun ni, penulis ingin sangat berkongsi dengan semua... THANKS 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH